Kelab Keusahawanan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaysia Sabah telah berkerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, Dan Kepenggunaan Cawangan Sabah untuk mengadakan seminar yang berjudul Pendidkan Kepenggunaan dan Keusahawanan pada 15 September 2009 di Bilik Seminar Anjung Siswa Universiti Malaysia Sabah. Seminar ini dibuka kepada 100 orang pelajar IPTA dan IPTS; dan secara keseluruhan 89 orang pelajar telah menghadiri seminar tersebut. Seminar ini dibahagikan kepada tiga sesi dan dibentangkan oleh tiga penceramah yang profesional dalam bidang keusahawanan, hak-hak penggunan dan juga undang-undang melidungi pengguna.
Seminar ini diadakan dengan berobjektif untuk memotivasikan pelajar untuk menjadi seorang pengguna yang bijak serta menyampaikan pengetahuan tentang hak-hak mereka sebagai seorang pengguna.
Pendaftaran peserta dimulakan pada jam 11.30 pagi, dua orang exco urusetia bertanggungjawab untuk merekodkan kedatangan peserta. Cop passport dan kupon makanan telah diberikan kepada peserta; nama, nombor Matric, dan nombor Kad pengenalan pelajar telah dicatatkan untuk kegunaan pengesahan dalam sijil kehadiran seminar.
Selepas ketibaan tetamu kehormat dan penceramah, program seminar dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu UMS dan diikuti dengan Lafaz doa daripada Encik Mohd Kazlan Bin Buahai. Seterusnya, pengarah program iaitu Encik John Woo Yun Siong telah memberikan ucapan alu-aluannya dan ribuan terima kasih telah disampaikan kepada pihak berkenaan yang berkerjasama menjayakan seminar tersebut. Ketua seksyen kepenggunaan Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Cawangan Sabah Encik Fredolin Gilbert juga memberikan sepatah pepatahnya mengenai seminar tersebut. Selepas itu, seminar dirasmikan dengan ucapan perasmian daripada pemangku dekan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Dr. Rasyid Mail.
Seminar ini bertujuan untuk mengemukakan hak-hak seorang pengguna dan ilmu pengetahuan tentang pembelian barangan kepada pelajar yang sebagai pengguna. Selain daripada memotivasikan pelajar untuk menjadi seorang pengguna yang bijak, pihak penganjur iaitu kelab keusahawanan secara efektifnya menggunakan peluang ini untuk meningkatkan pengetahuan pelajar tentang kepentingan keusahawanan serta kebaikannya pada masa hadapan dengan menjemput Prof. Dr. Mornie Bin Hj. Kambrie untuk memberi ceramah khas tentang keusahawanan. Beliau juga dijemput untuk berkongsi pengalaman beliau dalam “perjalanan” keusahawanannya.
Majlis ditutupkan selepas sesi pengambilan gambar dengan pihak penganjur dengan peserta seminar. Pelajar juga diagihkan bekalan berbuka puasa. Program seminar ini bersurai tepat pada pukul 6.00 petang.